BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang
Menggunakan teks dan symbol untuk
komunikasi merupakan perkembangan manusia yang di mulai sejak 6.000 tahun lalu
di lembah Mediterania yang subur di Mesopotamia, Mesir, Sumeria dan Babilonia
saat tanda pertama yang memiliki makna dibuat dalam tablet lumpur yang
dibiarkan mengeras di bawah panas matahari. Hanya anggota kelas penguasa dan
biarawan yang di izinkan membaca dan menulis tanda tulisan kuno piktograf.
Pesan yang terdahulu disampaikan dalam
kata-kata tertulis biasanya memuat informasi vital mengenai manejemen orang,
politik, dan pajak. Karena medium baru ini tidak memerlukan pengingat mekanik
yang dibatasi oleh umur manusia, pesan tertulis menjadi popular di kalangan
elit. Tidak seperti pesan manusia, pesan baru ini semakn bersinar seperti
wabah. Bahkan ketika pesan disadap oleh musuh atau kpmpetitor, tetapi tidak
terbaca, kecuali oleh mereka yang memiliki keterampilan membaca.
Dengan ledakan internet dan World Wide
Web, teks menjadi lebih penting dibanding sebelumnya. Bahasa asli Web, yaitu
HTML, secara orisinal didesain untuk men-display dokumen teks sederhana dalam
layar computer, terkadang dengan images grafis yang dimasukkan dalam ilustrasi.
Tulisan akademik, artikel majalah, manual instruksi yang kompleks, dan bahkan
isi dari seluruh buku sekarang tersedia untuk dapat dibaca dengan Web Browser.
Impak social dari medium pembias teks
ini adalah pada bagaimana cara orang mengakses dan menggunakan informasi yang
semakin mendalam seiring kematangan Web. Berkebalikan dengan medium televisi
saat ini,yang terdiri atas suara dan image dengan sedikit headline teks “dumbed
down” untuk memperoleh denominator umum terendah dari audiens yang pasif, Web
menawarkan sebuah muatan pengalam aktif dengan pilihan yang memadai, bahkan
untuk orang-orang cerdas yang dapat membaca.
BAB II
TEKS
Teks merupakan salah satu media
utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sama ada sebagai menu
utama, sistem navigasi (navigation) ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi
kandungan perisian. Teks adalah jenis data paling asas serta menggunakan ruang
storan paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain.
Teks dalam bentuk
perkataan, ayat dan perenggan adalah digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea,
buah fikiran dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek dalam kehidupan kita
sehari-hari.
Teks dalam lingkup multimedia itu
merupakan suatu file yang berupa kata, narasi dan lain lain. Yang bisa kita
tuliskan lewat notepad, ms word, wordpad dan lain lain.
Jadi, tidak mustahil
jikalau sesebuah produk multimedia itu bergantung kepada teks didalam
kebanyakan perkara seperti didalam menerangkan bagaimana sesuatu aplikasi
bekerja, membantu pengguna didalam menerokai sesuatu aplikasi dan untuk
menyebarkan maklumat melalui aplikasi – aplikasi yang telah direkabentuk.
Walaubagaimanapun, di
dalam aplikasi multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak begitu
digalakkan kerana teks tidak dapat mempamerkan maklumat dengan menarik. Ini
bukan bermakna teks tidak diperlukan langsung, tetapi ia hanya perlu digunakan
pada bahagian-bahagian penting sahaja.
Ø Pemampatan
teks (Compression) diperlukan untuk mengurakan penggunaan ruang storan ketika
penyimpanan dan pengagihan. Antara kaedah yang digunakan untuk pemampatan teks
adalah: Huffman coding
Ø Lempel-Zil
coding
Kedua-dua
kaedah ini merupakan pemampatan lossless dan boleh memampatkan teks dalam
bahasa Inggeris kepada setengah atau dua pertiga daripada saiz
2.1 STRUKTUR TEKS
2.1.1
Linear
Ø Struktur
teks yang tradisional
Ø Organisasi
berbentuk linear di mana ia mempunyai bahagian permulaan dan penghujung.
Ø Susunannya
terdiri daripada beberapa siri seksyen/bab (sections). Setiap seksyen/bab ini
mempunyai tajuk dan mungkin, mempunyai sub seksyen(Subsection) yang akan
membentuk perenggan.
Ø Susunan
teks berstruktur ini adalah dalam bentuk hirarki dan boleh digambarkan seperti
struktur pepohon.
2.1.2 Tidak
linear
Ø Dikenali
sebagai Hypertext
Ø Susunan
teksnya adalah secara tidak-linear dan mempunyai struktur data graf
Ø Ia
terdiri daripada nod yang merupakan bahagian teks yang bersaiz kecil dan akan
dihubungkaitkan dengan bahagian teks yang lain menggunakan pautan(links).
Ø Hypertext
membolehkan pengguna melaksanakan operasi cari-dan- capai ke atas sesuatu
dokumen dengan lebih cepat.
5.2 ELEMEN-ELEMEN TEKS
Aplikasi-aplikasi
multimedia adalah bergantung kepada teks didalam kebanyakan perkara termasuklah
:
Ø Tajuk
halaman
Ø Penyampaian
maklumat dalam bentuk perlabai ayat dan / atau perenggan.
Ø Label
untuk gambar
Ø Arahan-arahan
untuk operasi sesuatu aplikasi
Elemen-elemen teks boleh menjadi
besar ataupun kecil, tergantung kepada tujuan sesuatu aplikasi dan cadangan
daripada penguna. Tambahan lagi, teks biasanya adalah digabungkan dengan
gambar, audio dan juga video. Secara umunya, maka bolehlah dikatakan bahawa
teks merupakan komponen kunci bagi setiap aplikasi.
5.3 CONTOH EXTENSION FILE TEKS
Ø (.DOC ).
File DOC ini merupakan contoh dari sebuah file yang menggunakan text
didalamnya, dalam file ini kita bisa menulis surat atau mencatat suatu catatan.
File DOC ini merupakan suatu extension file program Microsoft Word.
Ø (.PDF).
File PDF
merupakan contoh berikutnya dari sebuah file yang menggunakan text,
dibuat oleh Adope Systems Incorporated. Adobe Acrobat dirancang untuk membuat,
melihat, memanipulasi, dan mengatur file yang ada dalam Adobe’s Portable
Document Format (PDF).
Ø (.XLS).
File XLS merupakan suatu extension
file program Microsoft Excel. Biasa digunakan untuk memperhitungkan,
mempresentasi data, menganalisa dll. Untuk membuka file format ini dapat
menggunakan xlviewer atau open office. File jenis ini juga sangat rentan
terinfeksi virus.
Ø (.TEXT).
File jenis
ini sering kita jumpai, merupakan format mendasar dari teks file. Untuk membuat
dan membuka file ini dapat digunakan notepad, wordpad , ataupun text editor lainnya.
Ø (.LATEX).
File jrnis
LATEX juga merupakan suatu extension file untuk text, namun file ini tidak
sepopuler file yang lainnya karena penggunaannya yang cukup rumit, dan kita
harus melakukan pengkodingan untuk bisa menulis seperti command prompt, namun
sekarang ini latex juga sudah ada yang GUI jadi kita tidak perlu repot repot
lagI.
Ø (.MDB).
Digunakan untuk membuat suatu
database dengan menggunakan Ms.Access.
BAB III
PANDUAN PENGGUNAN TEKS
Teknologi
teks adalah berasaskan kepada penghasilan huruf, nombor dan aksara-aksara
istimewa seperti tempoh, koma dan tanda dollar. Elemen-elemen teks ini boleh
dikategorikan kepada :
Ø Aksara-aksara
abjad ~ aksara inggeris yang terdiri daripada adjab A – Z iaitu termasuklah
huruf kecil dan besar bergantung kepada bahasa yang digunakan.
Ø Nombor
~ terdiri daripada 0 – 9
Ø Aksara-aksara
istimewa ~ tanda bacaan ( . , ; : ‘ “ ), tanda-tanda ( $ + - = ) dan
aksara-aksara tidak bercetak (carriage return, line feed)
Typefaces
merupakan perwakilan bergrafik bagi abjad, nombor dan aksara-aksara istimewa
dan biasanya ia mempunyai saiz dan gaya bentuk yang berbeza-beza atau pelbagai.
Font pula merupakan saiz-saiz tertentu bagi typefaces. Contohnya “ 14 point
Times New Roman” adalah typefaces bagi saiz 14 untuk Times New Roman. Saiz font
boleh dikenalpasti atau ditentukan dengan :
Ø Mengukur
daripada bahagian atas huruf besar kepada bahagian bawah decender yang
diperolehi pada huruf ‘p’ atau ‘y’.
Ø Menggunakan
point iaitu point tunggal seperti 1/72 (0.138 inc)
Panduan
penggunan teks harus mengikuti aturan sebagai berikut:
01. Harus
ringkas
Ø Diminumunkan
penggunaanya, melainkan aplikasi yang mengandungi bahan rujukan;
Ø Membaja
sejumlah kandungan teks menyusahkan dan memenatkan;
Ø Bukan
cara yang terbaik untuk menyampaikan idea, konsep atau fakta.
02. Gunakan
font yang sesuai
Ø Kesilapan
memilih font akan memberikan kebosanan untuk menyampaikan maklumat;
Ø Membantu
mendapat perhatian, menetapkan mood dan menetapkan sesuatu imej/ konsep
persembahan;
Ø Font
boleh dikategorikan sebagai serif, sans serif dan decorative.
03. Pastikan
teks telah dibaca
Ø Untuk
body teks, dicadangkan font jenis serif karena garisan diatas dan dibawah
tulisan akan membantu meta merentasi dokumen;
Ø Kajian
menunjukkan: 1. Pemahaman terhadap blok
teks san serif : 75%-80%
2. Pemahaman terhadap blok teks serif : 20%-30%
04. Pemilihan
gaya tulisan dan warna
Ø Memberikan
penekanan atau membedakan suatu isi kandungan dengan bagian-bagian lain dengan
paparan atau media bercetak.
Ø Kontraks
diantara aksara atau perkataan memakai peranan yang penting dalam menetukan
kejelasan dan kebolehan sesuatu perkataan atau ayat.
05. Mengawali
pemilihan font serta kosisten
Ø Reka
bentuk skrin tidak terlalu semak atau sukar unruk dibaca,
Ø Pembangun
seharusnya tidak menggunakan tidak terlalu banyak font, typeface, gaya dan
warna,
Ø Pembangunan
aplikasi multimedia juga perlu menekankan konsep konsisten di dalam penggunaan
teksnya.
3.1 CIRI-CIRI TEKS
Ø Ascender
– merupakan aksara-aksara yang mempunyai upstroke seperti huruf ‘h’ , ‘b’ dan
‘d’.
Ø Descender
– merupakan aksara-aksara mempunyai downstroke yang terletak dibawah garisan asas
seperti huruf ‘p’ , ‘q’ dan ‘y’.
Ø Leading
– merupakan runag antara font yang berada diatas font yang berada dibawah isitu
ruang diantara baris (line spacing).
Ø Tracking
– merupakan diantara aksara.
Ø Kerning
– merupakan ruang diantara dua aksara yang biasanya kelihatan seperti
bertindih.
Ø Serif
– merupakan flag atau dekorasi pada hujung sesuatu aksara yang mempunyai
stroke.
Walaupun
begitu, untuk menarik perhatian pembaca kepada suatu bahan yang dilihat atau
dibacanya, terdapat beberapa kesan yang boleh diberikan kepada font, antaranya:
Ø Case
– merupakan versi huruf BESAR dan huruf kecil.
Ø Regular
– merupakan versi piawai bagi font seperti Times New Roman atau Arial
Ø Bold
– menyediakan kemudahan dalam memberikan penekanan untuk highlight dan tajuk.
Ø Italic
– digunakan untuk menarik perhatian / minat pembaca.
Ø Underline
– digunakan untuk highlight.
Ø Strikeout
– digunakan untuk menunjukkan sesuatu teks yang telah dihapuskan atau tidak
digunakan. Contoh : Kami Saya suka baca komik novel.
Kebiasaanya,
kesan-kesan yang disediakan untuk font wujud didalam beberapa aplikasi seperti
aplikasi yang melibatkan pemprosesan perkataan dimana didalam aplikasi ini,
dialog box yang membenarkan pengguna memlih kesan-kesan font yang dikehendaki
akan disediakan.
3.2 JENIS-JENIS FONT
A. Serif
Font
serif menggunakan tip-tip dekoratif atau flags pada penghujng stroke. Ia
biasanya digunakan pada media-media cetak. Contoh-contoh font yang
dikategorikan sebagai font serif.
Ø Times
dan times New Roman
Ø Courier
Ø Schoolbook
Ø Bookman
B.
Sans
Serif
Font
Sans serif tidak mempunyai ciri-ciri yang dimiliki oleh font serif. Namun
begitu, kebanyakkan komputer menggunakan font ini kerana ia menghasilkan
paparan kontras yang lebih tajam. Contoh-contoh font yang dikategorikan sebagai
font sans Serif.
Ø Arial
Ø Helvetics
Ø Avant
Garde
3.3 FONT DALAM PERSEKITARAN GRAFIK
Terdapat
pelbagai penggunaan font di dalam persekitaran bergrafik di dalam komputer
dimana kebiasaannya komputer peribadi boleh mencapai dan menggunakan pelbagai
jenis font di dalam aplikasi-aplikasi yang berbeza. Berikut adalah beberapa
proses atau teknik yang terlibat di dalam pengendalian teks dalam persekitaran
grafik:
Ø Rasterization
Ia
merupakan sistem bergrafik yang mampu membina dan menggunakan font untuk
sesuatu proses. Rasterization wujud apabila komputer melukis font ke atas paparan
1 pixel pada satu-satu masa. Font
yang dihasilkan adalah bergantung kepada saiz dan bilangan pixel yang tidak
tetap akan menyebabkan teks yang dihasilkan sukar untuk dibaca dan kelihatan
tidak licin.
Ø
Anti-aliasing
Anti-aliasing merupakan teknik yang
digunakan untuk menggabungkan font dengan latar belakang melalui pemindahan
warna daripada warna font ke warna latarbelakang. Teknik ini akan meminimakan
sudut-sudut yang tidak rapi agar paparan keseluruhan yang dihasilkan adalah
kelihatan licin dan rata. Ia digunakan
di dalam pakej perisian ‘paint’ dan ‘drawing’ di mana ia membenarkan pemindahan
di antara latarbelakang imej dan elemen-elemen teks supaya kelihatan lebih
licin dan jelas.
BAB IV
PENYIMPANAN TEKS
Bagi
membolehkan teks dikekalkan atau disimpan di dalam komputer, maka teks telah
disimpan sebagai fail-fail data dimana ianya membolehkan teks ini disimpan
untuk satu tempoh atau jangkamasa yang panjang. Skema pengkodan data bagi atau
perwakilan teks boleh terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya:
Ø ASCII
Ø ISO
Ø Marked-Up-Text
Ø Rich-Text
format
4.1 ASCII (American Standard Code
for Information Interchange)
Bentuk
termudah bagi pengkodan data untuk teks adalah ASCII. Dibina oleh America
National Standard Body. Ia adalah skema pengkodan 7-bit untuk teks di mana ia
menghasilkan 128 aksara yang mengandungi huruf kecil, huruf besar, tanda baca,
angka, simbol-simbol matematik dan 32 aksara kawalan. Rajah 5.2 menyenaraikan
128 aksara yang terdapat di dalam set aksara ASCII.
Unit
asas bagi data yang terdapat di dalam sistem-sistem komputer meja (desktop
computer) adalah bait di mana satu bait mengandungi 8 bit. Tetapi ASCII hanya
memerlukan 7 bit untuk 128 aksara dan bit yang lebih digunakan untuk membina
set aksara lanjutan. Set aksara lanjutan terdiri daripada aksara piawai ANSI
(American National Standards Institute). Namun begitu, set aksara lanjutan
boleh berubah-ubah mengikut platform yang digunakan. Set aksara ASCII adalah cara yang biasa untuk
mengkod, menyimpan dan memindahkan teks di antara aplikasi-aplikasi dan juga
komputer. Ia seringkali digunakan untuk menukarkan teks di antara aplikasi
kerana ia tidak menawarkan sebarang pemformatan pada aksara, perkataan atau
peringkat-peringkat perenggan dan sebarang pemformatan merupakan fungsi bagi
bekas pemegang teks tersebut.
Tambahan
lagi, had pemformatan bagi teks ASCII biasanya adalah dihadkan kepada
penggunaan bagi kod-kod pengembalian penyorong (carriage return) dan suap baris
(line feed) iaitu kod 13 dan 32 ASCII. Dalam persekitaran Windows, dokumen fail
teks ASCII mempunyai sambungan piawai iaitu .TXT. Ia merupakan aksara asas yang
tidak mempunyai sebarang pemformatan data da font.
4.2
Teks Berkod atau Berformat (marked-up text)
Teks
berkod atau berformat(marked-up text) menggunakan kod-kod terbenam (embedded
codes) untuk mengenalpasti kemunculan teks. Ia merupakan suatu turutan
aksara-aksara khas yang merupakan arahan untuk menyediakan rupa bentuk dokumen.
Biasanya
sesebuah dokumen terdiri daripada teks kandungan. Di dalam marked-up text
dokumen tersebut akan mengandungi teks kandungan dan juga teks arahan. marked-up text menyokong pelbagai operasi
pemformatan, serta pengawalan ke atas struktur dokumen, pembolehubah dan
berkemampuan menggunakan makro.
Di
dalam kebanyakan kes, format data teks adalah ASCII dengan kod-kod eksplisit
dibenamkam ke dalam teks. Kod-kod tersebut adalah diasingkan dengan
aksara-aksara istimewa seperti suap baris atau dikurung dengan simbol-simbol
seperti ‘<’ dan ‘>’.
Pengkodan
digunakan untuk menentukan pemformatan teks pada aksara atau peringkat string
dan biasanya mengandungi pemilihan font serta pengkodan untuk penjajaran dan
ruang perenggan. Troff merupakan sebuah sistem pemformatan yang terdapat pada
sistem UNIX.
Hypertext Markup Language (HTML)
merupakan sebuah marked-up text yang digunakan untuk menyediakan dokumen di halaman
WWW. Ia adalah contoh pengkodan berasaskan teks.
Dokumen fail marked-up text HTML
mempunyai sambungan HTM.
Label-label
tersebut menetukan apakah format yang digunakan untuk mewakilkan teks. Dalam
kebanyakan kes, label permulaan dan tamat adalah digunakan untuk melingkungi
teks yang akan diformat.
Contoh
, teks diantara <H1> dan </H1> adalah diwakilkan dengan saiz yang
lebih besar (biasanya 14), ditebalkan dan font teks berformat sans serif.
Label-label juga boleh diasingkan dengan jujukan pengembalian, penyorong
(carriage return) atau suap baris (line feed).
Terdapat
beberapa skema pengkodan yang mungkin digunakan untuk mewakilkan teks. Kod-kod
mungkin digunakan untuk menakrifkan :
Ø pemilihan
font yang mengandungi jenis muka dan saiz.
Ø Ciri-ciri
font seperti tebal, italiks, garis dibawah dan warna.
Ø Permulaan
dan tamat perenggan, pengindenan, bullets dan penjajaran.
Ø Halaman
bentangan termasuk kepala dan kaki (header and footer), penomboran halaman dan
warna latar belakang.
Ø Peringkat
pengkodan dokumen untuk bab-bab, indeks dan jadual kandungan.
4.3 Rich Text Format (RTF)
Sejenis
format teks yang mempunyai pemformatan perenggan, aksara dan pemformatan grafik
yang piawai. Melalui format ini, pemformatan yang disediakan pada sesebuah
dokumen akan tetap kekal walaupun setelah ia berpindah ke aplikasi lain.
Perisian MsWord membenarkan dokumennya disimpan dalam format RTF. Dengan ini
fail dokumen teks tersebut boleh dipanggil oleh perisian lain sambil
mengekalkan pemformatan teks seperti asal. Rich Text Format berfungsi untuk
menambahkan kepentingan penerimaan dengan menyimpan dan memanipulasikan teks.
Ia merupakan format hakmilik yang dipunyai dan dikawal oleh Microsoft Corp. RTF
menyediakan ciri-ciri pemformatan termasuklah jenis dan saiz font, penebalan
serta fungsi-fungsi pemformatan perenggan seperti penjajaran. Penggabungan
ciri-ciri import dan eksport data RTF diperlukan bagi mengekalkan pemformatan
yang telah diwujudkan didalam dokumen-dokumen yang lain.
4.4 ISO (International Organization
for Standatdization)
Piawaian
yang disediakan untuk menyokong teks yang bukan Inggeris. Ia adalah sambungan
daripada perwakilan ASCII. Sebagai contoh, ISO Latin adalah superset daripada
set aksara ASCII yang menyediakan pengkodan bagi aksara-aksara loghat bahasa di
Eropah. Pengkodan ISO semakin meluas digunakan seperti pada sistem X-window, Postscript
dan pakej perisian bagi versi antarabangsa. ISO sedang berusaha untuk
menyediakan aksara perwakilan bagi teks bukan latin seperti bahasa China,
Jepun, Korea dan Arab.
4.4.1 Penggunaan Teks dalam
aplikasi multimedia.
Berikut
merupakan beberapa garis panduan dan perkara yang perlu diberikan perhatian
semasa kita membangunkan sebuah aplikasi multimedia yang melibatkan teks:
Ø Ringkas
tetapi padat
Penggunaan
teks haruslah diminimakan, kecuali jika aplikasi yang dibina mengandungi bahan
rujukan yang banyak. Walaupun begitu, adakalanya penggunaan teks yang maksimum
diperlukan terutama bagi aplikasi-aplikasi multimedia yang berunsurkan rujukan
seperti ensiklopedia. Dari sudut rekabentuk pula, bagi sesebuah aplikasi
multimedia, seeloknya teks yang digunakan haruslah kurang daripada separuh
skrin yang digunakan.
Ø
Penggunaan
typeface dan font yang bersesuaian
Pemilihan typeface dan font yang
bersesuaian dengan konsep, kumpulan pengguna sasaran, isi kandungan dan mood
sesebuah aplikasi adalah penting didalam menentukan keberkesanan penyampian
sesuatu maklumat. Typeface dan font selalunya digunakan bagi menarik perhatian
pengguna, meningkatkan kebolehbacaan, menetapkan ton atau mood (samada serius,
sedih atau kelakar) dan juga bagi tujuan menetapkan sesebuah aplikasi. Biasanya
kebanyakan pilihan didalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia amat
berkait rapat dengan objektif aplikasi dan pengguna sasarannya.
Ø Memastikan
teks yang digunakan boleh dibaca
Ini
merupakan salah satu ciri utama yang perlu diberikan perhatian.
Ø Pemilihan
gaya tulisan dan warna teks
Bertujuan
untuk memberikan penekanan atau membezakan suatu isi kandungan dengan
bahagian-bahagian lain pada paparan atau media bercetak. Kontras di antara
aksara atau perkataan amat memainkan peranan yang penting didalam menentukan
kejelasan dan juga kebolehbacaan sesuatu perkataan atau ayat.
Ø Mengawal
pemilihan font serta konsisten
Rekabentuk
skrin tidak terlalu semak atau sukar dibaca. Oleh itu, Pembangun seharusnya
tidak menggunakan terlalu banyak font, typeface, gaya dan warna. Selain itu,
pembangunan aplikasi multimedia juga perlu menekankan konsep konsistensi
didalam penggunaan teksnya.
DAFTAR PUSTAKA
http://gmm.fsksm.utm.my/~sca3103/cgi-bin/bahan_kuliah/anita/Bab%206%20-%20Penggunaan%20Text%20Dalam%20MM.pdf